Isnin, 22 Februari 2016

Tok Bali – Mutiara pelancongan mendamaikan di Kelantan

Tidak ramai yang mengetahui asal usul nama Tok Bali, Kelantan. Pelbagai versi yang diceritakan kepada penulis dari manakah nama kawasan yang terkenal dengan pesisir pantai cantik dan kawasan perikanan ini di berikan. Ada yang kata ia berasal dari pokok bali, limau bali dan juga Bali Indonesia. Namun, cerita yang popular sejak dahulu ia diberi nama bersempena seorang nelayan berasal dari Bali, Indonesia yang memasuki perairan pantai Kelantan dengan perahu yang karam sebelum terdampar di pesisiran. Penduduk tempatan yang tinggal berhampiran menemuinya dan mempelawa nelayan dari Bali tersebut tinggal di situ untuk beberapa tahun sebelum balik semula ke Bali. Dari situlah, kawasan tersebut di beri nama Tok Bali, yang merujuk kepada nelayan dari Bali, Indonesia. Kisah ini difahamkan berlaku pada beberapa abad yang lalu. Sejauh mana kesahihan, tidak dapat dipastikan. Apapun, jom kita baca apa yang menarik di Tok Bali.
Tok Bali terkenal dengan terminal pendaratan ikan segar hasil tangkapan nelayan tempatan. Sebut sahaja ikan Tok Bali, ramai warga Kelantan yang mengakui kesegaran ikan yang ditangkap nelayan tempatan. Pasar basar Tok Bali atau dikenali pasar TIBA (Terminal Ikan Bali) sering menjadi tumpuan bagi mendapatkan hasil laut yang segar seperti ikan, udang dan sotong.




Jambatan yang agak tinggi di Tok Bali

Bagi kaki pancing tegar, bolehlah menaiki bot sewa atau persendirian untuk memancing di tengah laut. Malah, penulis juga pernah turun memancing dengan ‘speed boat’ di perairan Tok Bali dan di kawasan muara sungai bersebelahan jambatan Tok Bali. Berkelah sambil memancing bersama keluarga. Sungguh mengujakan. Tidak sabar pula ingin berkunjung semula ke Tok Bali bila berkesempatan nanti.
Selain kawasan perikanan, tumpuan utama Tok Bali sudah tentulah destinasi pelancongan yang menarik. Antara landmark utama ialah replika kapal serta jambatan melengkung kira-kira 300 meter panjang dan tinggi 100 meter bagi membolehkan bot nelayan melaluinya. Di kawasan pesisir pantai sepanjang kuala sungai itu juga merupakan lokasi sesuai untuk berkelah bersama keluarga. Pesisir pantai yang cantik disaluti pasir yang putih serta landai semestinya menarik pengunjung untuk bercuti merehatkan minda.
Jika anda ingin bercuti di Tok Bali, kami menyediakan 2 unit banglo Homestay Sri Bali yang semestinya memberi ketenangan dan keseronokan apabila berkunjung ke Tok Bali Kelantan. Tidak lengkap jika tiada restoran kegemaran ramai di kawasan berhampiran untuk dikunjungi. Terdapat beberapa restoran di tepi jalan yang dibuka bermula waktu petang sehingga lewat malam. Suasana malam juga lebih meriah di waktu musim cuti sekolah. Meggi Ketam Cherang Ruku serta Juara Ikan Bakar Tok Bali adalah dua restoran yang agak terkenal yang menjadi tumpuan pelancong domestik mahupun penduduk setempat. Gambar meggi ketam pernah jadi fenomena di FB Cuti-Cuti Kelantan tahun lepas. Mungkin kerana unik dan ramai yang belum pernah melihat menu sebegitu.


Jika anda merancang untuk bercuti merehatkan minda, hari keluarga atau berbulan madu, datanglah ke Tok Bali Kelantan. Pastinya meninggalkan seribu satu kenangan apabila berada di pesisiran pantai Laut Cina Selatan di Pantai Timur Malaysia.
Bagaimana untuk ke Tok Bali
  1. Dari Kota Bharu Kelantan – Perjalanan dari bandar Kota Bharu ke Tok Bali mengambil masa 45 minit pemanduan dengan jarak 45 km melalui Bachok atau Pasir Puteh.
  2. Dari Kuala Besut Terengganu – Jika anda dari Terengganu, boleh menuju ke Kuala Besut yang juga merupakan pintu masuk ke Pulau Perhentian. Dari Kuala Besut boleh terus menuju ke Tok Bali yang jarak hanya 12 km.
Aktiviti yang boleh dilakukan di Tok Bali
  1. Menginap dan beristirehat di HomeStay Sri Bali
  2. Berkelah dan bersantai bersama keluarga
  3. Memancing di tepi pantai dan muara
  4. Mengunjungi pasar pendaratan ikan
  5. Fotografi dan BBQ
Terminal Pendaratan Ikan LKIM

Pengkalan Maritim Tok Bali

Pelabuhan baru Tok Bali

HOMESTAY SRI BALI !! CANTEK TOK BALI LONI


Hola semua, berjumpa lagi kite ye.. haa.. hari ni ,Kito nak ajak semua jumpa TOK BALI.. eerrr.. tau x TOK BALI ??haaa..xpenah dgr ek?ye ke?aa..mula la tu nak google kan?sabaq2, meh nana kenalkan ye..JOM BERKENALAN DGN TOK BALI NI YE:

Tok Bali, Semerak

Tok Bali dibuka pada tahun 1996, dengan pembinaan jambatan di atas darat oleh Projek Kemasin Semerak (Perkasa), dan kemudiannya dengan pembinaan Terusan Tok Bali. Pembinaan Terusan ini menjadi pemangkin utama pembangunan di Tok Bali, di mana wujudnya pengangkutan melalui laut ke Pulau Perhentian, Pulau Kapas dan Pulau Redang di Laut China Selatan. Demikian juga dengan kewujudan jeti pendaratan ikan laut dalam sehingga kepada pertumbuhan industri pelancongan dan produk berasaskan hasil laut seperti keropok, bebola ikan dan sebagainya. Tambang teksi ke Tok Bali ialah RM 3.00 untuk seorang.



Tok Bali merupakan suatu kawasan yang amat pesat membangun dengan pebagai perancangan yang berbentuk infrastruktur, kemudahan dan perkhidmatan awam serta pembangunan institusi pendidikan, kesihatan, keselamatan dan industri yang berasaskan hasil laut dalam. Terletak 16 km dari Bandar Pasir Puteh. Tok Bali menjadi sebuah pusat peranginan terkenal di Kelantan kerana terdapat kawasan pantai yang bersih serta kemudahan penginapan yang selesa.

Haaa.. itulah dia TOK BALI, bukan nama org ye, tapi tempat peranginan yg damai dan sungguh indah. Kalo ada yg dah serabut dgn keriuhan kota raya tu, apa kata mai sini rilex kan minda sambil santai2 tepi pantai yg indah..huuuuu..syok tau, silap hari bulan leh jumpa ikan duyung. Oooopss tu dah lebih la kan. Ok2.. Bila dah kenal mesti korang xsabar2 nak tgk gambar kan?ok, kito sediakan beberapa keping gambar di TOK BALI utk semua.. tgk la, pastu pasti JATUH CINTA kan.. Daa.... :-)